Marcapada ini, masyarakat
berbilang kaum-kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam aman dan harmoni.
Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, China dan India
ini terjalin erat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu. Idea penubuhan
Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak tentang slogan “1 Malaysia” telah
membawa negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup
masyarakat majmuk yang tinggal di negara Malaysia. Namun begitu, apakah
prakarsa-prakarsa yang harus dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengekalkan
keharmonian dan keamanan di negara kita?
Prakasa perdana bagi
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia adalah sikap
individu itu sendiri. Hal ini demikian kerana amannya sesuatu komuniti amnya
bergantung kepada individu itu. Setiap individu itu haruslah mengamalkan sikap
tolak ansurdan saling saying menyayangi antara satu sama lain. Setiap rakyat
haruslah sentiasa mengamalkan 17 nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Dengan adanya pengamal sikap murni-sikap murni dalam diri masyarakat di
Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan
harmoni. Sebagai contohnya, rumah kita mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu
perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, tidak seharusnya kita menghalang jiran
kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan
bersama-sama meraikannya bersama kita. Seandainya setiap rakyat mengamalkan
sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti
keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan, kerana tegap rumah
kerana sasaknya, teguh negara kerana keutuhan bangsanya. Tegasnya, sikap
individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian
dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.
Di samping itu, pihak
sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum yang tinggal di
negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak sekolah mestilah
mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan
komuniti pelbagai kaum. Seterusnya, pihak sekolah juga haruslah menggalakkan
pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa sambuatan-sambutan seperti
sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya supaya masyarakat berbilang
kaum di negara kita akan dapat merasai harmoni dan makmur hidup dalam
masyarakat majmuk di negara Malaysia. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu mereka
hendaklah memakai baju Melayu dan baju kurung manakala kaum Cina memakai
cheongsam dan memakai sari bagi kaum India . Sikap ini berjaya menyemaikan semangat perpaduan dalam diri
pelajar seterus akan terus bercambah dengan subur apabila mereka memasuki alam
dewasa. Sesungguhnya, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan
keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di negara Malaysia, bak
kata peribahasa jika tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
Amalan masyarakat itu juga
salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara kalangan masyarakat
berbilang kaum di malaysia. Amalan masyarakat yang baik dapat mengamankan
masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat dikekalkan dengan
penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan dalam sesebuah
komuniti. Sebagai contoh, pengamalan tradisi sukan komuniti tahunan dengan
penglibatan dari setiap golongan kaum yang berlainan disertai dengan pengamalan
sikap-sikap terpuji dalam tradisi yang dilakukan. Seandainya amalan tradisi
dalam sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan,
sudah pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata,
amalan tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat
mengekalkan keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai
kaum, seperti yang diperjelas dalam
peribahasa ke lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki.
Kesimpulanya, semua pihak
haruslah bekerjasama untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian antara
masyrakat berbilang kaum di negara kita. Dalam konteks ini,masyarakat haruslah
berganding bahu dan bertolak ansur di samping pengamalan amalan tradisi serta
kerjasama antara sekolah,media massa dan kerajaan bagi mengekalkan keharmonian
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Oleh itu, sempena menyambut Hari
Kemerdekaan Ke-54 dan bulan pembentukan Malaysia, marilah kita sama-sama
bertekad untuk menjadi lebih patriotik,berikrar untuk memberi sumbangan penuh
bererti kepada masyarakat, lebih bersatu padu dan mahu berkorban kepada negara
kerana sesungguhnya ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat’.
saya guna ya admin
ReplyDeletethumbs up! good job. keep it up. very useful.
ReplyDeleteTadak singkatan ka
ReplyDeleteFantastic...TQVM
ReplyDelete